awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MH17: Manfaatkan masa sidang Parlimen tergempar - Pandikar

Bernama
Bernama
22/07/2014
23:25 MYT
MH17: Manfaatkan masa sidang Parlimen tergempar - Pandikar
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. -gambar fail
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada Selasa mahu semua anggota Parlimen memanfaatkan masa yang ada bagi membahaskan usul tergempar hari ini mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.
"Persidangan (tergempar) ini adalah inisiatif kerajaan untuk menyampaikan suara rakyat mengenai insiden MH17 yang telah mengorbankan hampir 300 nyawa, lagipun masa yang diperuntukkan hanya satu hari sahaja iaitu dari 10 pagi hingga 5.30 petang," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memutuskan untuk memanggil sidang tergempar Parlimen bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh.
Persidangan itu juga turut akan disiarkan secara langsung di TV1 bermula 10 pagi, katanya mengulas persediaan Dewan Rakyat dalam membahaskan usul tergempar.
Sementara itu, beliau mencadangkan Pakatan Rakyat (PR) supaya mewujudkan kabinet bayangan bagi melancarkan sesi perbahasan ketika persidangan.
Katanya cadangan ini bagi memudahkan PR memilih mana-mana anggota parlimen yang pakar dalam bidang masing-masing membahaskan sesuatu isu dengan lebih efektif.
"Di kebanyakan negara-negara maju yang mengamalkan demokrasi berparlimen, walaupun satu pihak yang telah kalah dalam pilihan raya umum, namun mereka tetap wujudkan kabinet bayangan untuk membahaskan isu berkaitan mengikut kepakaran masing-masing.
"Cara ini juga boleh membantu melahirkan idea-idea yang bernas daripada pihak PR ketika sesi perbahasan kerana mereka sudah diaturkan untuk menguruskan sesuatu bidang melalui kabinet bayangan itu," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#KLIA
#Malaysia Airlines
#MH17
#Najib Tun Razak
#Pandikar Amin Mulia
#penerbangan Malaysia
#Rusia
#sidang Parlimen tergempar
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan