awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mineral baharu: 'Gunakan anugerah Allah sebaik mungkin' - MB Perak

Astro Awani
Astro Awani
25/05/2022
22:00 MYT
Mineral baharu: 'Gunakan anugerah Allah sebaik mungkin' - MB Perak
Saarani memberitahu projek rintis berkenaan akan membabitkan kawasan tanah berkeluasan 86.4 hektar. - Foto fail/BERNAMA
IPOH: Kerajaan Perak memberi jaminan bahawa projek rintis perlombongan mineral baharu yang ditemui di kawasan Hulu Perak akan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) tanpa menjejaskan alam sekitar.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ketika ini kerja-kerja berkenaan masih belum dimulakan kerana perlu melalui beberapa proses lain selepas memperoleh kelulusan penilaian kesan kepada alam sekitar (EIA) baru-baru ini.
Jelas beliau antara proses yang perlu dilalui sebelum projek rintis berkenaan dapat dijalankan adalah termasuk pelan pengurusan alam sekitar (EMP) dan penilaian impak sosial (SIA), bagi mendapatkan kebenaran merancang.
"Kita faham ada beberapa pandangan tetapi kerajaan negeri ada tanggungjawab untuk menggunakan anugerah Allah ini sebaik mungkin. Tentulah Allah berikan kepada kita hasil bumi ini untuk kita gunakan.
"Tetapi ia tidak bermakna kita boleh salah guna sehingga merosakkan kehidupan alam. Sebab itu, kita mesti mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan dipersetujui, di mana kita boleh mengambil hasil itu dan dalam masa yang sama kita juga menjaga alam sekitar," katanya.
Tambahnya lagi kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab untuk mensejahterakan negeri dan rakyat dengan memperbanyakkan sumber pendapatan negeri.
Selain itu, Saarani memberitahu projek rintis berkenaan akan membabitkan kawasan tanah berkeluasan 86.4 hektar.
Beliau ditemui pemberita selepas hadir pada sambutan Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia negeri Perak di Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di sini pada Rabu.
Pada Isnin, Saarani mengesahkan Perak telah menemukan mineral baharu iaitu lantanid di kawasan Hulu Perak.
Beliau berkata penemuan tersebut diperoleh ketika kerja-kerja mengekstrak bijih timah di kawasan tersebut yang dikenal pasti cukup bernilai dan mampu menjadi sumber pendapatan baharu untuk negeri.
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#mineral
#perlombongan
#Hulu Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan