awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi Al-Awda: Tahanan Malaysia tidak dipukul Israel

Andy Reza
Andy Reza
31/07/2018
07:43 MYT
Misi Al-Awda: Tahanan Malaysia tidak dipukul Israel
Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh menunjukkan peta pelayaran sebelum berlepas ke Palermo, Itali pada 15 Julai lalu, bagi menyertai siri terakhir flotila ke Gaza. --fotoBERNAMA / Fail
Wakil tunggal Malaysia yang ditahan tentera Israel di Penjara Givon, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh, dilaporkan sihat dan tidak terlibat dipukul atau diseksa dengan renjatan elektrik.
Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare) Kamarul Zaman Shaharul Anwar, hasil maklumat daripada kru Freedom Flotilla Coalition (FFC), awal pagi tadi.
“Ketika ini proses pengesahan dokumen sedang dilakukan dan beliau dijangka dibebaskan beberapa hari lagi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Menurutnya, beliau difahamkan, tahanan pada kebiasaannya akan diminta untuk mengaku sama ada memasuki Israel secara haram atau sebaliknya.
"Selepas urusan pengesahan dokumen selesai, tahanan akan dihantar pulang, sama ada ke negara asal atau negara terakhir sebelum ditahan," jelasnya.
Setakat ini, empat ahli misi telah dibebaskan.
Kamarul dalam kenyataan pagi tadi memaklumkan, aktivis yang menyertai misi 'Right To A Just Future For Palestine' ke Gaza menaiki kapal Al-Awda dipukul dan diseksa dengan renjatan elektrik oleh tentera Israel.
Ia susulan keengganan ahli misi memberi kerjasama ketika diminta menghidupkan enjin kapal Al Awda.
Topic Berkaitan
#aktivis
#Al Awda
#flotilla
#Israel
#Malaysia
#mohd afandi salleh
#pukul
#rakyat Malaysia
#seksa
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan