awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Misi FFC dan TMTG: Sukarelawan dijangka tiba pada petang Ahad - Wisma Putra

Seth Akmal
Seth Akmal
11/10/2025
13:45 MYT
Misi FFC dan TMTG: Sukarelawan dijangka tiba pada petang Ahad - Wisma Putra
Lapan wakil Malaysia yang menaiki kapal Conscience berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lalu. - Gambar fail/FFC
KUALA LUMPUR: Pesawat yang membawa sembilan sukarelawan rakyat Malaysia yang pulang daripada menyertai Misi Freedom Flotilla Coalition (FCC) dan Thousand Medleens to Gaza (TMTG) dijangka tiba di tanah air pada jam 3.55 petang Ahad ini.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan menjelaskan, mereka akan tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki pesawat Saudia Airlines, SV834 dari Jeddah, Arab Saudi.
“Sukarelawan dijangka keluar dari Balai Ketibaan sekitar jam 4.30 petang,” jelas kenyataan itu.
Sebelum ini, misi kemanusiaan itu menjadi perhatian dunia selepas sembilan kapal yang membawa aktivis antarabangsa dipintas tentera Israel di perairan kira-kira 120 batu nautika dari Gaza pada Rabu lalu.
Pencerobohan itu disifatkan mengejutkan kerana ia berlaku di kawasan laut antarabangsa ketika kapal berkenaan sedang menuju ke Gaza bagi menghantar bantuan kemanusiaan.
Misi FCC x TMTG disertai sekitar 150 aktivis daripada 25 negara yang menaiki sembilan kapal, termasuk kapal Conscience dan Umm Saad yang diceroboh oleh rejim Zionis Israel sebelum ditunda ke Pelabuhan Ashdod.
Selepas insiden itu, semua aktivis dilaporkan dipindahkan ke penjara Ketziot di Negev, Israel sebelum dibebaskan secara berperingkat dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Instanbul pada petang Jumaat.
Lapan wakil Malaysia yang menaiki kapal Conscience berlepas dari Porto Otranto, Itali pada 30 September lalu.
Mereka ialah Prof Mohd Alauddin Mohd Ali, Dr Fauziah Mohd Hasan, Dr Hafiz Sulaiman, Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi, Prof Mohd Afandi Salleh, Dr Noorhasyimah Ismail, Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE Norsham Abu Bakar serta wartawan Astro AWANI, Syafik Shukri Abdul Jalil.
Seorang lagi wakil Malaysia, Dr Maziah Muhammad, berada di atas kapal Umm Saad yang berlepas dari Catania, Sicily pada 27 September bersama tujuh kapal layar lain menuju ke Gaza.
Ketibaan mereka pada Ahad dijangka disambut oleh ahli keluarga, rakan serta wakil beberapa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam usaha kemanusiaan ke Gaza.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Freedom Flotilla Coalition
#Israel
#Gaza
#bantuan kemanusiaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan