awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITI akan teliti semula sasaran 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025 - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
23/01/2024
10:37 MYT
MITI akan teliti semula sasaran 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025 - Tengku Zafrul
Sehingga kini terdapat hampir 1,500 stesen pengecas EV yang beroperasi namun jumlah tersebut jauh daripada sasaran awal. - Gambar fail
PETALING JAYA: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan meneliti semula sasaran 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) beroperasi di negara ini menjelang 2025 seperti yang ditetapkan sebelum ini, kata menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata, sehingga kini terdapat hampir 1,500 stesen pengecas EV yang beroperasi namun jumlah tersebut jauh daripada sasaran awal itu yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030.
Menurutnya, setakat ini kerajaan masih mengekalkan sasaran awal tersebut namun beliau bersama-sama rakan kabinet akan melihat semula sama ada sasaran itu boleh dicapai ataupun tidak.
"Nampaknya target (sasaran) itu agak agresif kerana ada banyak isu yang perlu kita tangani dan ia melibatkan banyak proses dan agensi seperti proses kelulusan dan agensi seperti Suruhanjaya Tenaga, Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak-pihak lain," kata Tengku Zafrul.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan pelan langganan pascabayar pemilikan e-motosikal, di sini, hari ini.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#stesen pengecas
#EV
#kenderaan elektrik
#Tengku Zafrul
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan