awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOF sekat MyKad individu salah guna subsidi BUDI95

Bernama
Bernama
23/03/2026
15:50 MYT
MOF sekat MyKad individu salah guna subsidi BUDI95
Kementerian Kewangan (MOF) akan menyekat kad pengenalan individu dikesan menyalahgunakan bantuan Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dengan mengisi petrol bersubsidi itu ke dalam tong atau bekas kosong yang tular di media sosial. - Foto hiasan/BERNAMA
Kementerian Kewangan (MOF) akan menyekat kad pengenalan individu dikesan menyalahgunakan bantuan Program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dengan mengisi petrol bersubsidi itu ke dalam tong atau bekas kosong yang tular di media sosial.
MOF dalam kenyataan memaklumkan perbuatan itu jelas melanggar peraturan kerana menyalahgunakan subsidi bahan api di bawah Program BUDI95 dan berpotensi menjejaskan usaha kerajaan memastikan pengurusan subsidi yang telus, bersasar serta berkesan.
“Siasatan mendapati individu terbabit warganegara Malaysia dan pemegang MyKad. Susulan itu, MOF akan mengambil tindakan menyekat kad pengenalan yang digunakan dalam transaksi itu serta pemilik kenderaan daripada terus menikmati BUDI95,” menurut kenyataan itu.
MOF memaklumkan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan dan salah guna subsidi, khususnya dalam ketidaktentuan situasi semasa yang memerlukan kawalan rapi terhadap bekalan serta harga bahan api.
Terdahulu, tular rakaman video di stesen minyak memaparkan perbuatan dua individu mengisi petrol RON95 ke dalam sebuah tong yang diletakkan pada tempat letak barang sebuah kenderaan.
MOF memaklumkan kerajaan menghargai rakyat yang cakna serta menyalurkan aduan berhubung isu itu dan tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi membendung aktiviti tidak bertanggungjawab.
Orang ramai dialu-alukan terus menyalurkan maklumat dan membuat aduan rasmi dengan menghubungi Pusat Khidmat BUDI MADANI menerusi talian 1300-88-9595 atau WhatsApp +603-26314595 atau e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOF
#BUDI95
#salah guna subsidi
#sekat MyKad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan