awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Alwi dilantik Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang baharu

Bernama
Bernama
15/04/2024
07:30 MYT
Mohd Alwi dilantik Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang baharu
Majlis penyerahan tugas Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang antara Datuk Mohamad Usuf Jan (kiri) kepada Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin (kanan) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri Pulau Pinang hari ini. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/ Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang yang baharu hari ini.
Mohd Alwi, 56, menggantikan Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad yang ditukarkan ke Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah Siasatan/Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Majlis Serah Terima Tugas itu berlangsung di Dewan Mutiara di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, di sini disaksikan oleh Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Hamzah Ahmad.
Mohd Alwi yang ditemui pemberita selepas majlis itu berkata tiga perkara utama akan dijadikan teras dalam melaksanakan tugas baharu tersebut iaitu dari segi pencegahan jenayah yang perlu ditingkatkan, penyelesaian kes dan pematuhan.
"Saya juga akan meneruskan dasar yang telah ditetapkan pucuk pimpinan di Bukit Aman, selain terus laksanakan apa yang telah dibuat di Kontinjen Pulau Pinang dan berkerjasama dengan Ketua Polis Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Alwi Zainal Abidin
#Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang
#pelantikan
#Hamzah Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan