awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Monsun Timur Laut: Aktiviti hutan simpan, taman eko Selangor ditutup sementara

Sinar Harian
Sinar Harian
22/10/2024
04:50 MYT
Monsun Timur Laut: Aktiviti hutan simpan, taman eko Selangor ditutup sementara
Semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Selangor ditutup bermula 15 November ini. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengumumkan penutupan sementara semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba di bawah seliaannya bermula 15 November ini.
Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Azhar Ahmad berkata, penutupan sementara berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang risiko kemalangan kepada pengunjung berikutan musim Monsun Timur Laut.
“Dimaklumkan bahawa penutupan sementara semua aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba di bawah Pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
“Penutupan sementara bermula 15 November hingga 31 Januari 2025,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Barat Sarawak dan Timur Sabah manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya menunjukkan cuaca yang lebih kering.
Ia menyaksikan empat hingga enam episod hujan lebat berterusan sepanjang Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada Mac tahun depan. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#hutan simpan
#Selangor
#monsun timur laut
#aktiviti pendakian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan