awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moratorium: Lanjutan tidak bersasar, berpanjangan akan jejas institusi perbankan

Isabelle Leong
Isabelle Leong
05/11/2020
08:17 MYT
Moratorium: Lanjutan tidak bersasar, berpanjangan akan jejas institusi perbankan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata biarpun kedudukan kewangan institusi perbankan pada ketika ini berada dalam keadaan yang baik, mereka tidak harus leka dengan keselesaan itu. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Lanjutan pelaksanaan moratorium tidak bersasar pada kadar berpanjangan dikhuatiri akan menjejaskan pengaliran kewangan institusi perbankan.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata biarpun kedudukan kewangan institusi perbankan pada ketika ini berada dalam keadaan yang baik, mereka tidak harus leka dengan keselesaan itu.
“Kedudukan kewangan institusi perbankan pada ketika ini berada dalam keadaan yang kuat dan boleh memberi moratorium, tetapi kami tidak boleh leka kerana kami perlu faham bahawa institusi perbankan, ia seolah-olah jantung bagi satu badan.
“Dengan institusi perbankan ini, aliran tunai yang berlaku seolah-olah mengepam darah kepada organ-organ badan. Itu peranan bank.
“Jika moratorium tidak bersasar dilaksanakan pada kadar berpanjangan, dikhuatiri proses ‘pengaliran darah’ akan terganggu,” kata Dr Mohd Afzanizam kepada Astro AWANI pada Khamis.
BACA: Moratorium: Lanjut atau sedia skim kurangkan bayaran bulanan - RinggitPlus
Beliau berkata dalam erti kata lain, situasi peningkatan kecairan boleh memberikan kesan kepada pihak bank.
“Situasi kecairan ini akan memberikan kesan kepada pihak bank.
“Ia boleh merencatkan ekonomi, seperti apa yang kami alami pada masa lepas apabila kami mengalami krisis kewangan pada 1997,” katanya.
Moratorium bayaran balik pinjaman secara automatik diumumkan kerajaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama enam bulan berakhir 30 September lalu dan disambung hingga Disember ini secara bersasar.
Topic Berkaitan
#Moratorium
#lanjutan moratorium
#institusi perbankan
#Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid
#Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam
#kedudukan kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan