awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOSTI anggarkan peruntukan RM3 bilion untuk sediakan vaksin secara percuma

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
16/10/2020
03:20 MYT
MOSTI anggarkan peruntukan RM3 bilion untuk sediakan vaksin secara percuma
Kenyataan tersebut dibuat ketika temu ramah dalam program Breakfast Grill di stesen radio Bfm. - Astro AWANI
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menganggarkan kerajaan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM3 bilion bagi penyediaan vaksin pada tahun hadapan.
Ia bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses vaksin itu secara percuma.
Bercakap di stesen radio BFM pada Jumaat, Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin memaklumkan, jumlah itu dianggarkan bagi menampung keperluan vaksin untuk kapasiti 70 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.
Jelas beliau, jumlah RM3 bilion itu hanyalah anggaran sahaja kerana harga sebenar vaksin masih belum diketahui serta ia turut melibatkan kos logistik dan pengagihan vaksin kelak.
Jelasnya, perbincangan awal dengan Kementerian Kewangan dibuat pada Khamis, namun, tiada sebarang keputusan dibuat.
Petugas kesihatan akan diberikan keutamaan akses kepada vaksin disusuli dengan guru, polis dan anggota keselamatan.
Selepas para barisan hadapan yang berisiko tinggi itu mendapat akses, ia akan disalurkan kepada umum.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Kementerian Kewangan
#MOSTI
#vaksin
#COVID-19
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan