awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOSTI sedia garis panduan pembangunan tapak pelancaran angkasa lepas di Malaysia

Bernama
Bernama
14/09/2023
11:00 MYT
MOSTI sedia garis panduan pembangunan tapak pelancaran angkasa lepas di Malaysia
Lih Kang berkata, MOSTI percaya Malaysia mempunya potensi yang besar untuk turut terlibat dalam pembangunan kemudahan pelancaran angkasa lepas. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia sedang membangunkan garis panduan kajian kebolehlaksanaan pembangunan tapak pelancaran ke angkasa lepas, kata Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Chang Lih Kang.
Beliau berkata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) percaya Malaysia mempunya potensi yang besar untuk turut terlibat dalam pembangunan kemudahan pelancaran angkasa lepas (space launching facility).
Beliau berkata keunikan geografi Malaysia yang terletak berhampiran garisan Khatulistiwa memberikan kelebihan kepada negara untuk membangunkan perkhidmatan fasiliti pelancar dengan kos operasi yang jauh lebih kompetitif.
"Jika menjadi realiti, kemudahan yang dibangunkan akan menjadi yang ke-16 di dunia dan akan meletakkan Malaysia menjadi negara kesembilan memiliki fasiliti tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Chang berkata Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), yang membangunkan garis panduan kajian kebolehlaksanaan itu, sedang mengadakan sesi libat urus dengan beberapa pihak dan industri yang berminat untuk membangunkan kemudahan itu.
Beliau berkata penglibatan kerajaan dalam industri tersebut dianggarkan akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi angkasa dengan nilai RM10 bilion menjelang 2030, di samping pertumbuhan 500 syarikat pemula teknologi berkaitan angkasa, seterusnya mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan.
Chang berkata MOSTI juga sedang merangka Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara (PSPJN) menerusi strategi perkongsian awam dan swasta (Public Private Partnership) yang dijangka bermula pada 2026.
"Program ini adalah penting bagi memastikan kesinambungan pemilikan data-data strategik negara yang mana ia turut menyokong keberkesanan operasi 50 buah pakej sistem aplikasi yang telah dibangunkan MYSA," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOSTI
#Chang Lih Kang
#tapak pelancaran ke angkasa
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan