awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP

Bernama
Bernama
18/01/2025
21:00 MYT
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perbincangan dengan JPJ untuk membolehkan aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasikan dengan sistem mySIKAP bagi urusan transaksi yang lebih mudah, pantas dan selamat, kata Anthony.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membolehkan aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasikan dengan sistem mySIKAP bagi urusan transaksi yang lebih mudah, pantas dan selamat.
Menterinya, Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Beliau berkata, walaupun pembeli boleh melakukan semakan saman di aplikasi myJPJ, terdapat kekangan dan kawalan perkongsian data kepada pengguna.
"Perkara ini bagi memastikan pengguna lebih selamat dan terjamin selain boleh melihat dahulu kondisi motosikal tersebut sebelum meneruskan urusan transaksi.
"Sistem pendaftaran motosikal sama dengan kereta, ada geran. Apabila transaksi berlaku ada pertukaran nama, hak milik dan sebagainya. Sekarang perlu buat secara manual di JPJ. Kalau untuk kereta, ada sistem EAUTO yang membolehkan pemilik kereta menukar hak milik, motosikal tak ada lagi," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan aplikasi jual beli motosikal terpakai Rider Gate di Lanai@ MATIC, di sini, pada Sabtu, yang turut dihadiri Pengerusi Ramssol Group Berhad, Datuk Abdul Harith Abdullah.
Mengulas lanjut, Loke berkata, Rider Gate merupakan konsep yang boleh memenuhi pasaran kenderaan terpakai selain dapat meringankan beban pembeli yang ingin memiliki motosikal.
"Rider Gate satu inovasi baharu yang beraspirasi mengubah landskap pasaran motosikal terpakai di Malaysia, menunjukkan bagaimana teknologi boleh digunakan untuk menyelesaikan cabaran yang selama ini membelenggu pasaran motosikal terpakai seperti risiko penipuan, rekod pemilikan yang tidak jelas dan kebimbangan terhadap kecacatan mekanikal.
"la adalah penyelesaian yang menyeluruh dan inovatif, menawarkan pengalaman transaksi motosikal terpakai yang lebih mudah, pantas dan selamat selain memberi keyakinan kepada pengguna dengan memastikan setiap transaksi dilakukan secara telus dan bebas daripada sebarang risiko penipuan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pengangkutan
#JPJ
#mySIKAP
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan