awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC laksana beberapa inisiatif bantu industri pelancongan

Bernama
Bernama
21/06/2021
21:30 MYT
MOTAC laksana beberapa inisiatif bantu industri pelancongan
MOTAC berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak mengambil peluang untuk membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melaksanakan beberapa inisiatif bagi membantu meringankan beban yang dihadapi penggiat industri pelancongan yang berdepan cabaran besar secara berterusan susulan impak pandemik COVID-19.
MOTAC dalam kenyataan semalam memaklumkan kementerian itu melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula 1 Julai hingga 31 Dis ini.
Selain itu, MOTAC juga melaksanakan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang belum mendapat kelulusan pembaharuan lesen disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pada masa sama, MOTAC memaklumkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang telah mendapat keputusan pembaharuan lesen, namun tidak dapat membuat bayaran fi lesen disebabkan PKP turut dilaksanakan.
"Justeru dengan pelaksanaan pelanjutan inisiatif ini, MOTAC berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak mengambil peluang untuk membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing bagi memastikan pengecualian ini dapat dinikmati," menurut kenyataan tersebut.
MOTAC juga menyeru semua pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang terlibat untuk membuat pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan pematuhan kepada perundangan sedia ada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#inisiatif
#Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#pengusaha pelancongan
#lesen
#pembaharuan lesen
#fi pembaharuan lesen
#pelancongan
#pemandu pelancong
#pengecualian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan