awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOTAC sedia laksana gelembung pelancongan di Sarawak - Nancy Shukri

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
03/10/2021
09:51 MYT
MOTAC sedia laksana gelembung pelancongan di Sarawak - Nancy Shukri
Nancy pada masa sama juga menyifatkan Gelembung Pelancongan Langkawi merupakan model terbaik antarabangsa yang dilaksanakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). - Foto: MOTAC
KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersedia untuk melaksanakan inisiatif gelembung pelancongan di Sarawak sejurus arahan rentas negeri dibenarkan.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini selepas kejayaan inisiatif Gelembung Pelancongan di Langkawi seterusnya meningkatkan lagi keyakinan kerajaan untuk melaksanakan program sama di tempat yang lain termasuk Sarawak.
Sejak dimulakan pada 16 September lalu di Langkawi katanya, projek rintis itu berjaya menarik kedatangan 15,000 pelancong pada hari pertama ia dibuka.
“Sehingga hari ini seramai 38,748 pelancong datang ke Langkawi dengan pendapatan perbelanjaan mencecah lebih RM15 juta dalam tempoh dua minggu.
“Kejayaan ini sekali gus memberi motivasi kepada kami dan keyakinan yang tinggi untuk melaksanakan inisiatif ini di tempat lain, pulau dan tempat pelancongan termasuk di Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Kampung Budaya Sarawak (SCV) di Santubong di sini pada Ahad.
Nancy pada masa sama juga menyifatkan Gelembung Pelancongan Langkawi merupakan model terbaik antarabangsa yang dilaksanakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Topic Berkaitan
#Gelembung Pelancongan Langkawi
#MOTAC
#Nancy Shukri
#Pelancongan Sarawak
#rentas negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan