awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MR 333: Teknologi MARDI tingkatkan hasil dan pendapatan pesawah

Reuters
Reuters
31/03/2026
10:06 MYT
MR 333: Teknologi MARDI tingkatkan hasil dan pendapatan pesawah
Zabawi (dua dari kiri) berkata projek itu turut memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) Pengurusan Penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) yang terbukti mampu mengurangkan insiden penyakit sehingga 50 peratus di lapangan - Gambar MARDI
Usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara terus diperkasa menerusi pelaksanaan Program Pemuliharaan Kesuburan Tanah Sawah dan Peningkatan Hasil Menggunakan Teknologi MARDI (PKM-KKN) yang diterajui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah.
Ketua Pengarah MARDI, Datuk Mohamad Zabawi Abdul Ghani berkata, tumpuan utama projek itu adalah penggunaan varieti padi baharu MR 333 yang mempunyai kelebihan dari segi kepelbagaian varieti bagi mengelakkan amalan mono-varieti, selain rintangan terhadap penyakit karah tangkai dan sederhana rintang terhadap karah daun.
"Dari segi potensi hasil, MR 333 yang dibangunkan khusus untuk kawasan jelapang mencatatkan hasil tertinggi sehingga 9.09 tan sehektar dalam ujian varieti setempat (LVT) di Jerteh, Terengganu.
"Selain itu, projek ini turut mengaplikasikan baja bio yang mengandungi bakteria pengikat nitrogen Bacillus sp. bagi meningkatkan penyerapan nutrien tanaman, memperbaiki struktur tanah, meningkatkan kandungan bahan organik serta merangsang aktiviti mikroorganisma tanah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Zabawi berkata projek itu turut memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) Pengurusan Penyakit Hawar Bulir Bakteria (BPB) yang terbukti mampu mengurangkan insiden penyakit sehingga 50 peratus di lapangan.
"Kaedah kawalan yang digunakan adalah selamat, mudah dikendalikan, kos efektif serta tidak memberi kesan fitotoksik yang ketara kepada tanaman padi," ujarnya.
Beliau berkata Projek PKM-KKN di Kodiang dijangka mampu meningkatkan hasil dan pendapatan pesawah tempatan melalui pengurusan ladang yang lebih mampan, sekali gus menyumbang kepada agenda keterjaminan makanan negara dan kelestarian sektor padi nasional.
Inisiatif tersebut, jelas Zabawi mencerminkan komitmen berterusan MARDI dalam memperkukuh inovasi agroteknologi serta menyokong keterjaminan makanan negara.
Topic Berkaitan
#MARDI
#bahan organik
#MR 33
#Agroteknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan