awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MSJTC komited selesaikan isu persempadanan maritim Batu Puteh

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/11/2021
02:12 MYT
MSJTC komited selesaikan isu persempadanan maritim Batu Puteh
Malaysia dan Singapura kekal komited untuk menyelesaikan isu sempadan maritim antara kedua-dua negara. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) bermesyuarat secara maya pada 23 November lalu bagi meneruskan perbincangan mengenai pelaksanaan Penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ke atas Isu Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge).
Delegasi Malaysia diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dan delegasi Singapura diketuai Setiausaha Tetap Kementerian Luar Negeri, Chee Wee Kiong.
Menurut Kenyataan Bersama Kementerian Luar kedua-dua buah negara pada Khamis, mesyuarat itu meneruskan perbincangan mengenai isu berkaitan yang timbul daripada Penghakiman ICJ mengenai Kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan .
"Mesyuarat itu mengesahkan Terma Rujukan (TOR) untuk Jawatankuasa Kecil Mengenai Persempadanan Sempadan Maritim Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
"Mesyuarat bersetuju bahawa Jawatankuasa Kecil akan meneruskan tugasnya mengikut TOR.
"Malaysia dan Singapura kekal komited untuk menyelesaikan isu sempadan maritim antara kedua-dua negara," kata kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu, mesyuarat juga bersetuju bahawa Mesyuarat MSJTC Kesepuluh akan dihoskan oleh Malaysia pada tahun 2022.
Jemaah Menteri pada 29 Oktober lepas telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi menyemak semula tindakan dan isu perundangan berkenaan kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pasukan berkenaan akan mengemukakan dapatan dan syor kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan, sebagaimana keputusan Jemaah Menteri pada 29 Oktober lepas.
Topic Berkaitan
#Pulau Batu Puteh
#MSJTC
#Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan