awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muhyiddin pastikan Sabah, Sarawak dapat layanan adil

Bernama
Bernama
28/02/2021
12:14 MYT
Muhyiddin pastikan Sabah, Sarawak dapat layanan adil
Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Wawancara Khas Bersama Perdana Menteri dengan beberapa organisasi media sempena setahun beliau menjadi perdana menteri di kediamannya di Bukit Damansara, di sini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan memastikan Sabah dan Sarawak diberi layanan adil dalam pelbagai aspek, seiring dengan pewujudan portfolio Hal Ehwal Sabah dan Sarawak dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Mengambil kira jurang Sabah dan Sarawak yang masih jauh tertinggal dalam pelbagai aspek, perdana menteri melahirkan pandangan bahawa terdapat banyak lagi usaha yang perlu dibuat bagi meletakkan kedua-dua negeri berkenaan agar setara dengan Semenanjung.
"Sabah dan Sarawak mesti diberikan layanan yang sama adil sebab itu saya adakan (lantik) Menteri yang mengurus Sabah dan Sarawak, MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) kita teliti, halusi, sebahagian kita dah bersetuju bersama-sama," katanya dalam wawancara khas bersama Bernama dan beberapa organisasi media sempena setahun beliau memegang jawatan perdana menteri di kediamannya di Bukit Damansara, di sini.
Wawancara khas itu turut disiarkan menerusi siaran televisyen berita perdana di Bernama TV dan stesen televisyen lain.
Muhyiddin, yang mula memegang tampuk pemerintahan negara pada 1 Mac 2020 berkata pewujudan portfolio Hal Ehwal Sabah dan Sarawak itu berikutan kedudukan kedua-dua negeri berkenaan yang jauh ketinggalan dari sudut pembangunan dan infrastruktur.
"Memang awal lagi waktu saya bentuk Kabinet saya fikir ini satu perkara utama sebab itu saya lantik Maximus Ongkili (Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili) dan timbalan menteri (Datuk Hanifah Hajar Taib) saya sudah mulakan mesyuarat khas bersama-sama Ketua Menteri untuk bincangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA6)," katanya.
Walaupun pelbagai usaha dan agenda pembangunan bagi kedua-dua negeri sudah diambil, perdana menteri berkata Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan, dengan isu-isu pokok yang membelenggu sejak sekian lama iaitu soal kemiskinan, infrastruktur, ekonomi dan akses internet.
"... banyak lagi yang perlu dibuat untuk meletakkan Sabah dan Sarawak setara dengan Semenanjung. Malahan di Semenanjung pun ada negeri-negeri yang masih lagi di belakang berbanding sesetengan negeri lain.
"Isu ini yang sudah berlaku sejak dulu, masih saya warisi tetapi kita kena cari jalan sekarang ini dalam pentadbiran Perikatan Nasional bagaimana kita nak mengurangkan jurang sebagaimana yang kita sebutkan dalam Dasar Kemakmuran Bersama," katanya.
Selain isu berkaitan MA63, Muhyiddin menyifatkan pewujudan portfolio berkenaan amat penting bagi Sabah dan Sarawak dalam menjayakan Dasar Kemakmuran Bersama yang bertujuan memastikan pengagihan ekonomi yang saksama dan inklusif meliputi semua wilayah.
Komited memastikan hak-hak Sabah dan Sarawak seperti terkandung dalam MA63 terus terpelihara, Muhyiddin menjelaskan bahawa beliau, yang juga Pengerusi Majlis Khas MA63, telah memulakan mesyuarat khas bersama ketua menteri bagi membincangkan isu berkenaan.
"Saya sudah selesaikan masalah Petronas untuk di negeri Sarawak apa-apa tuntutan dan semua sekali dan persetujuan bersama dan saya sedang rundingkan dengan Sabah," katanya.
Penubuhan Majlis Khas mengenai MA63 diumumkan oleh Muhyiddin pada sambutan Hari Malaysia di Sibu, Sarawak pada 16 Sept tahun lepas, dan diurusetiakan oleh Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Jabatan Perdana Menteri (BHESS),
Ahli Jawatankuasa Majlis Khas berkenaan mengadakan mesyuarat pertamanya pada 2 Dis lepas dan meluluskan penubuhan tiga jawatankuasa yang akan mengendalikan pelbagai perkara penting bagi Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Muhyiddin Yassin
#Sabah
#Sarawak
#Hal Ehwal Sabah dan Sarawak
#Perikatan Nasional
#MA63
#Perjanjian Malaysia 1963
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan