awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mukhriz lakukan lawatan kerja tiga hari ke Thailand

Bernama
Bernama
25/11/2018
22:20 MYT
Mukhriz lakukan lawatan kerja tiga hari ke Thailand
Mukhriz dan rombongan dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Thailand, Dr Siri Jiraponghan. - Gambar fail
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan melakukan lawatan kerja tiga hari ke Bangkok bermula hari ini untuk memperkukuhkan hubungan serta meninjau peluang pelaburan dan perdagangan dua hala.
Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan lawatan kerja itu berlangsung dua minggu selepas Menteri Besar melahirkan kesungguhan kerajaan negeri meneroka dan memperkasa potensi ekonomi negeri semasa pembentangan Bajet Kedah 2019.
"...khususnya dengan menarik modal asing ke kawasan perindustrian baharu Kota Perdana di Special Border Economic Zone dan Kedah Science and Technology Park di Bukit Kayu Hitam.
"Lawatan ini menyusuli lawatan rasmi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Bangkok sebulan yang lalu, yang telah membangkitkan minat industri, pelabur dan kerajaan Thailand untuk meningkatkan usaha sama dengan Malaysia, terutamanya bersama negeri-negeri sempadan khususnya Kedah," kata kenyataan itu.
Ia menyatakan kerajaan negeri berminat menerokai pelbagai bidang dengan Thailand terutamanya dalam perdagangan, jana tenaga, pelaburan industri berteknologi tinggi dan pertanian.
Kenyataan itu berkata delegasi kerajaan negeri dianggotai Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Tan Kok Yew serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Negeri, Zamri Yusof.
Semasa di Bangkok, Menteri Besar dan rombongan dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Thailand, Dr Siri Jiraponghan.
Turut dijadualkan adalah pertemuan dengan Prachai Leoparat, Ketua Pegawai Eksekutif PTI Polene Power; Kun Aswin, Ketua Pegawai Eksekutif BJC/Big C, rangkaian peruncit terbesar di Thailand.
"Selain itu, delegasi Kerajaan Negeri akan mengadakan pertemuan dengan Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand sebelum ke Rayong untuk berbincang dengan pengurusan kanan PTT Global Chemical, syarikat petroleum, tenaga dan petro-kimia," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bajet Kedah 2019
#Bangkok
#Bukit Kayu Hitam
#ekonomi
#Kedah
#kerajaan negeri
#lawatan kerja
#Menteri Besar
#modal asing
#Mukhriz Mahathir
#pelaburan
#Siri Jiraponghan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan