awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mukhriz nafi kerajaan pimpinannya beli kereta baru

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2014
06:34 MYT
Mukhriz nafi kerajaan pimpinannya beli kereta baru
Menteri besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir
Menteri besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir menafikan kerajaan pimpinannya membeli kereta baru sebagai kenderaan rasmi.
Beliau menambah, sebaliknya kekal menggunakan kenderaan lama yang dibeli pada era pemerintahan kerajaan negeri yang terdahulu.
Beliau berkata, kereta mewah yang digembar-gemburkan ketika ini adalah kereta Mercedes milik peribadi beliau yang digunakan sebagai kenderaan rasmi untuk urusan sebagai menteri besar di Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, beliau meminta individu yang menyebarkan fitnah ini agar menghentikan segera spekulasi kerana ia tidak benar sama sekali.
Pun begitu ketika ditanya adakah kerajaan negeri akan menukar kenderaan rasmi kerajaan beliau berkata, perkara itu akan diputuskan kemudian.
Sehingga kini beliau masih menunggu maklumat terperinci daripada pihak Proton dan kerajaan persekutuan memberi maklum balas positif mengenai perkara itu.
Mukhriz berkata, kerajaan negeri juga telah memutuskan kereta Toyota Camry yang digunakan kerajaan terdahulu akan dijual kepada para EXCO sebelum ini jika kerajaan pipimpinan beliau mahu menukar kereta baru.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Wisma Darulaman, Alor Setar.
Topic Berkaitan
#fitnah
#Mukhriz Mahathir
#pembelian kenderaan rasmi kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan