awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MyAirline mohon maaf pada penumpang, agensi penerbangan

Bernama
Bernama
14/10/2023
05:52 MYT
MyAirline mohon maaf pada penumpang, agensi penerbangan
Azharuddin berkata syarikat itu kini dalam proses mempercepatkan proses bayaran balik wang dan berharap kesemua penumpang MyAirline untuk bersabar. - Gambar fail/MyAirline
KUALA LUMPUR: MyAirline hari ini memohon maaf kepada penumpang dan agensi penerbangan yang terjejas akibat penggantungan operasi syarikat itu.
Eksekutif interim MyAirline Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata syarikat itu kini dalam proses mempercepatkan proses bayaran balik wang dan berharap kesemua penumpang MyAirline untuk bersabar.
"Kami juga sedang dalam usaha mewujudkan talian 'hotline' bagi membantu penumpang kami yang terjejas dengan lebih baik dan memudahkan proses bayaran balik, mereka (penumpang) digalakkan untuk menyediakan nombor tempahan mereka (PNR) dan e-melkannya kepada kami di [email protected]," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azharuddin berkata kesemua pekerja MyAirline masih dalam penggajian penuh dan tiada pekerja yang diberikan cuti tanpa gaji.
Menyentuh mengenai perkongsian strategik, beliau berkata beberapa pihak telah pun menunjukkan minat terhadap MyAirline dan syarikat kini sedang menilai cadangan tersebut.
"Kami akan terus menyediakan maklumat terkini kepada penumpang yang kami hargai dan juga pihak berkepentingan lain," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MYAirline
#mohon maaf
#AZHARUDDIN ABDUL RAHMAN
#proses bayaran balik wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan