awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas helikopter: Keluarga juruterbang ucap terima kasih kerana jasad ditemui

Astro Awani
Astro Awani
11/05/2016
07:36 MYT
Nahas helikopter: Keluarga juruterbang ucap terima kasih kerana jasad ditemui
Rudolf merupakan juruterbang berpengalaman yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau baru-baru ini. - Gambar fail
Ahli keluarga Rudolf Rex Ragas yang terlibat dalam nahas helikopter di Sebuyau pada Khamis lepas mengucapkan terima kasih kepada semua pihak di Malaysia yang telah menjumpai jasad juruterbang itu.
Anak saudara Rudolf, Rhedgel Raagas Serafin berkata, mereka sekeluarga amat menghargai segala usaha Kerajaan Malaysia bermula dengan proses mencari jasad bapa saudaranya hinggalah ke upacara pembakaran mayat.
Menurutnya, pembakaran mayat Rudolf akan dilakukan di Kuching dan abu mayat akan dibawa pulang ke Filipina dimana segala urusan itu akan diuruskan oleh Kerajaan Malaysia dan Filipina serta turut dibantu oleh syarikat tempat Rudolf berkerja.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana menemui jasad bapa saudara saya, serta membantu kami pulang ke Filipina bersama abu mayatnya.
“Terima kasih juga kepada syarikat yang memberi bantuan kepada kami sewaktu di sini,” ujar Rhedgel yang menambah, kini semua ahli keluarga dan saudara-mara ingin segera berkumpul di Filipina.
Mayat Rudolf telah dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Isnin lalu dan telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk proses bedah siasat.
Topic Berkaitan
#juruterbang Rudolf Rex Ragas
#nahas helikopter
#SAR
#Sarawak
#Sebuyau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan