awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas jalan raya di timur laut Mesir ragut 18 nyawa, tiga cedera

Astro AWANI
Astro AWANI
20/02/2026
07:55 MYT
Nahas jalan raya di timur laut Mesir ragut 18 nyawa, tiga cedera
Kenderaan bergerak perlahan dalam kesesakan lalu lintas di wilayah al-Qalyubia, utara Kaherah, Mesir. -Gambar fail/Reuters
Sekurang‑kurangnya 18 orang maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah lori bertembung dengan sebuah trak pikap yang membawa kumpulan nelayan di Lebuh Raya Paksi 30 Jun, selatan wilayah Port Said, pada Khamis.
Menurut laporan media tempatan termasuk Al‑Ahram, nahas berlaku sekitar 12.30 tengah hari waktu tempatan sebelum pikap tersebut dihenyak dan remuk dihempap di antara dua lori kargo besar.
Mangsa yang terselamat dibawa ke hospital berdekatan, manakala pihak pendakwa raya telah membuka siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Gambar di lokasi menunjukkan serpihan berselerak di atas jalan serta keadaan kenderaan yang rosak teruk.
Menurut laporan The Associated Press, pikap berkenaan dipercayai membawa sekumpulan pekerja nelayan yang dalam perjalanan ke ladang ikan di kawasan pesisir Port Said.
Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly, yang berada di Washington DC ketika menerima laporan tragedi itu, menyampaikan ucapan takziah dan mengarahkan bantuan kewangan disalurkan kepada waris mangsa.
Beliau turut mengikuti rapat perkembangan melalui laporan yang disampaikan Gabenor Port Said.
Pihak berkuasa kesihatan Port Said memaklumkan bahawa mayat mangsa serta mereka yang cedera telah dihantar ke beberapa hospital berhampiran termasuk Hospital 30 Jun, Hospital El Nasr, Hospital El Zohour, dan Hospital As‑Salam.
Usaha mengenal pasti identiti kesemua mangsa sedang dijalankan dan sebahagian besar dipercayai berasal dari El Matariya di wilayah Dakahlia.
Nahas jalan raya merupakan isu berulang di Mesir, yang merekodkan ribuan kematian setiap tahun. Pemanduan laju, keadaan jalan tidak memuaskan serta penguatkuasaan undang‑undang yang lemah antara faktor dikenal pasti menyumbang kepada nisbah kemalangan yang tinggi.
Topic Berkaitan
#Port Said
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan