awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Ratusan jemaah tunai solat jenazah lima sekeluarga

Khalis Khadir
Khalis Khadir
24/12/2024
10:31 MYT
Nahas ngeri Ayer Keroh: Ratusan jemaah tunai solat jenazah lima sekeluarga
Jenazah lima sekeluarga yang terlibat dalam nahas lima kenderaan di lebuh raya PLUS selesai disolatkan di Surau Al Ikhlas petang tadi.- Foto Astro AWANI
BANGI: Jenazah lima sekeluarga yang terlibat dalam nahas lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Melaka, selesai disolatkan di Surau Al Ikhlas, di sini, jam 6.13 petang tadi.
Suasana semakin pilu dengan kedengaran tangisan jemaah ketika jenazah anak bongsu pasangan itu yang berusia dua tahun, Muhammad Umar dibawa menaiki van ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas.
Turut disemadikan bersama ialah Allahyarham Khairul Ikhwan Mazupi bersama isteri, Fadzlenna Ramli, masing-masing berumur 32 tahun, bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66, dan isteri, Fauziah Jaafar, 69.
Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
BACA: Nahas ngeri Ayer Keroh: Ini apa anda perlu tahu
Khairul Ikhwan meninggalkan dua anak, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan Nur Sofea Humaira Khairul Ikhwan, 4, yang kini dirawat di zon merah dan zon kuning Hospital Melaka.
[INFOGRAFIK] Kronologi nahas Ayer Keroh
Tujuh termasuk lima sekeluarga maut manakala 33 cedera dalam kemalangan 8.45 malam tadi membabitkan sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang, dua lori, sebuah kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM204 Lebuhraya PLUS.
Siasatan awal mendapati bas persiaran itu terlanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah menyebabkan ia hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.
Bas itu kemudian bertembung dengan tiga kenderaan hingga menyebabkan lima mangsa dalam Toyota Estima serta seorang pemandu bas dan penumpang bas meninggal dunia.
Topic Berkaitan
#nahas lima kenderaan
#ayer keroh
#solat jenazah
#lima sekeluarga maut
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan