awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nahas pesawat TUDM Hawk 108: Hishammuddin mahu punca nahas disiasat segera

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
15/06/2017
09:03 MYT
Nahas pesawat TUDM Hawk 108: Hishammuddin mahu punca nahas disiasat segera
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan agar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyiasat punca nahas pesawatnya HAWK 108. -Foto Fail
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengarahkan agar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyiasat punca nahas pesawat miliknya, HAWK 108 dengan terperinci dan pada kadar yang segera.
Dalam twit terbarunya, Hishammuddin turut mengucapkan takziah ke atas keluarga dua juruterbang TUDM yang maut dalam insiden berkenaan.
Saya telah arah @airforcenextgen jalankan siasatan terperinci dengan kadar segera bagi kenalpasti punca nahas #Hawk108
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) June 15, 2017
Takziah buat keluarga Allahyarham Mejar Hasri & Allahyarham Mejar Yazmi. Semoga arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT. Al-Fatihah #Hawk108
— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) June 15, 2017
Kedua juruterbang yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31.
Kedua-dua mereka ditemui meninggal dunia di kawasan berpaya di Chukai, Kemaman.
Pesawat Hawk 108 dilaporkan hilang di utara Kuantan dan di persempadanan Terengganu dari Pahang jam 11.30 pagi tadi.
Pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi sebelum terputus hubungan 30 minit selepas itu.
Grafik Astro AWANI
Grafik Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Hawk 108
#Hishammuddin Hussein
#kemalangan
#Kemaman
#Nahas
#pesawat
#siasatan
#tentera
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan