awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Naib Ketua Pemuda UMNO angkat sumpah sebagai Senator

Bernama
Bernama
07/12/2016
06:31 MYT
Naib Ketua Pemuda UMNO angkat sumpah sebagai Senator
Pelantikan Khairul Azwan Harun bersama lima lagi bagi tempoh tiga tahun. - Gambar fail
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun adalah antara enam individu yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di Dewan Negara hari ini.
Upacara dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S A Vigneswaran.
Turut mengangkat sumpah ialah Ketua Wanita UMNO Perhubungan Negeri Melaka, Datuk Rabiyah Ali, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff, Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Fahariyah Md Nordin dan Pengerusi Kluster Pendidikan Badan Perhubungan UMNO Johor, Rahemah Idris.
Pelantikan mereka bagi tempoh tiga tahun.
Dalam ucapan aluannya, Vigneswaran berharap mereka yang dilantik dapat menunjukkan perangai, perwatakan, keperibadian tinggi dan bersopan-santun semasa menyertai sesi persidangan Dewan Negara.
"Sekarang ini saya risau kerana terdapat segelintir Yang Berhormat yang tidak menghormati kemuliaan Parlimen dan melanggar peraturan mesyuarat serta perlembagaan negara.
"Saya memperingati diri saya dan menarik perhatian semua Yang Berhormat supaya memahami segala peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan negara dan peraturan-peraturan mesyuarat (Dewan Negara)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azwan Bro
#Khairul Azwan Harun
#senator
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan