awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buru lima suspek tembak lelaki di Ladang Kemahang
Nash kena serangan jantung
Konflik Asia Barat: Malaysia dan Singapura sambut baik gencatan senjata sementara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nash kena serangan jantung

Sinar Harian
Sinar Harian
20/04/2026
15:07 MYT
Nash kena serangan jantung
Keadaan Nash selepas menjalani pembedahan. - Gambar Sinar Harian
Penyanyi popular, Datuk Nashrudin Elias atau lebih dikenali dengan nama komersial, Nash, 67, menjalani pembedahan petang tadi susulan mengalami serangan jantung.
Perkara itu dikongsikan Timbalan Presiden Music Malaysia yang juga Presiden IRAMA Entertainment Komuniti Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Ayob Abdul Majid menerusi laman Facebook pada Isnin.
Katanya, 80 peratus saluran jantung Datuk Nash tersumbat.
"Mohon doa semua sahabat-sahabat. Saya baru menerima panggilan daripada anak kepada Datuk Nash, Shameer Nasha memaklumkan perkara tersebut.
"Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan yang segera, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang baik," ujarnya.
Datuk Nash merupakan bekas vokalis kumpulan Step Closer dan Lefthanded dan pelantun lagu Pada Syurga Di Wajahmu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pembedahan
#jantung
#IRAMA
#lefthanded
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan