awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buru lima suspek tembak lelaki di Ladang Kemahang
Nash kena serangan jantung
Konflik Asia Barat: Malaysia dan Singapura sambut baik gencatan senjata sementara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lima suspek tembak lelaki di Ladang Kemahang

Bernama
Bernama
20/04/2026
15:12 MYT
Polis buru lima suspek tembak lelaki di Ladang Kemahang
Pihak polis kini sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan dan menangkap kesemua individu yang terlibat.
Polis mengesahkan seorang lelaki cedera pada bahagian dagu selepas terkena tembakan dalam kejadian di Ladang Kemahang, Tanah Merah awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, mangsa Mohd Khairul Amri Ab Kadir, 43, cedera selepas terkena tembakan ketika melakukan rondaan bersama rakannya bagi mengesan kegiatan mencuri lembu.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.26 pagi.
“Sebelum kejadian, pengadu yang juga jurujual berusia 35 tahun bersama rakannya menjalankan rondaan di kawasan ladang berkenaan sejak 1.30 pagi.
“Sekitar 2.30 pagi, mereka terserempak dengan sekumpulan lebih kurang lima lelaki dipercayai warga tempatan dan warga Thailand. Suspek kemudiannya dipercayai bertindak melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat ke arah pengadu dan rakannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Haki berkata mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tanah Merah dan kini sedang menerima rawatan di Zon Merah, Wad Kecemasan.
Dalam kejadian sama, sebuah motosikal Honda EX5 milik mangsa dilaporkan turut dilarikan oleh seorang daripada suspek dipercayai warga tempatan.
“Pihak polis kini sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan dan menangkap kesemua individu yang terlibat dan kami menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembak
#polis
#jurujual
#rondaan
#curi lembu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan