awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini

NBI Thailand anugerahkan Dr Mahathir Pencapaian Sepanjang Hayat

Bernama
Bernama
07/11/2018
15:12 MYT
NBI Thailand anugerahkan Dr Mahathir Pencapaian Sepanjang Hayat
Zuraida menerima anugerah berkenaan bagi pihak Tun Mahathir. - Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pembinaan Bangsa (Sektor Awam) oleh Institut Bina Bangsa (NBI) Thailand.
Anugerah itu diterima Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin bagi pihak Perdana Menteri yang disampaikan bekas Perdana Menteri Thailand Anand Panyarachun pada malam gala yang diadakan pada penghujung Persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Pembinaan Bangsa, di sini malam ini.
Dr Mahathir kini dalam lawatan rasmi di Jepun.
"Saya berbesar hati untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Sektor Awam ini bagi pihak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Zuraida dalam ucapannya selepas menerima anugerah berprestij itu.
Menurut beliau, Perdana Menteri menyuarakan rasa kesal kerana tidak dapat hadir sendiri untuk menerima anugerah itu malam ini.
Bagaimanapun, beliau berkata Dr Mahathir menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas pengurniaan anugerah ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anugerah
#Bangkok
#Mahathir Mohamad
#pencapaian sepanjang hayat
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.