awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara akan jadi kuat jika didokong semua kaum - Anwar

Bernama
Bernama
19/04/2019
21:12 MYT
Negara akan jadi kuat jika didokong semua kaum - Anwar
Anwar menyampaikan ucapannya ketika program Dialog Mahasiswa Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) malam tadi. --fotoBERNAMA
Malaysia tidak akan mampu untuk berdiri teguh jika ia hanya didokong oleh satu kaum tertentu sahaja, sebaliknya hanya akan menjadi kuat sekiranya ia turut didokong oleh semua kaum, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kaum Melayu sememangnya perlu kuat kerana menjadi kaum majoriti dalam negara, namun untuk menjadi sebuah negara yang kuat, ia memerlukan dokongan dan juga integrasi dari lain-lain kaum.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Port Dickson berkata sebagai pemimpin Melayu, beliau tegas dengan pendirian bahawa negara harus kembali ke landasan yang betul untuk laksanakan janji-janji yang berteraskan prinsip-prinsip Perlembagaan.
Prinsip itu katanya ialah Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan dan kedudukan Raja-Raja Melayu.
"Ini dah disepakati dan saya tidak ada tolak ansur," katanya dalam sesi Meet Anwar@USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) di sini, yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Reformasi Dewan Negara Mohd Yusmadi Mohd Yusoff dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, Prof Madya Dr Mohd Rushdan Mohd Jailani.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Bahasa Melayu
#hak istimewa
#integrasi
#Islam
#kaum
#kaum majoriti
#Malaysia
#Melayu
#Parlimen
#Perlembagaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan