awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negeri Sembilan lulus SOP lombong NR-REE

Bernama
Bernama
03/01/2024
08:50 MYT
Negeri Sembilan lulus SOP lombong NR-REE
Aminuddin berkata aktiviti perlombongan itu pastinya akan memberi hasil kepada kerajaan negeri dan setakat ini, sudah ada permintaan daripada syarikat swasta untuk melombong NR-REE di Negeri Sembilan. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan prosedur operasi standard (SOP) bagi perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) yang dijangka dimulakan tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata semua pembangunan unsur nadir bumi perlu membabitkan usaha sama dengan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Menteri Besar Incorporated (MBI) bagi memantau perkembangan dan memastikan hasilnya tidak diseleweng.
"Pemilik tanah persendirian juga boleh membuat permohonan untuk melombong di tanah masing-masing namun syarikat perlombongan perlu kerjasama dengan MBI untuk memantau supaya tiada kesan kepada tanah berhampiran dan ahli geologi juga akan dilantik bagi memastikan perkara ini dikawal.
"Kita ikut SOP lebih kurang seluruh negeri. Kalau ikut pusat hanya membenarkan kaedah dari China namun kita terbuka, mana-mana syarikat boleh masuk tetapi mereka perlu persembahkan dulu kaedah nak guna," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Negeri di sini hari ini.
Aminuddin berkata aktiviti perlombongan itu pastinya akan memberi hasil kepada kerajaan negeri dan setakat ini, sudah ada permintaan daripada syarikat swasta untuk melombong NR-REE di Negeri Sembilan.
Beliau berkata Jabatan Mineral dan Geosains juga telah mengesahkan dua daerah memiliki hasil bumi tersebut iaitu Jelebu dan Kuala Pilah dengan penerokaannya tidak membabitkan hutan simpan.
Selain itu, katanya, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Teo Kok Seong akan melawat kilang REE di China bulan ini bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk pembangunan NR-REE di Negeri Sembilan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#lulus SOP lombong NR-REE
#nadir bumi bukan radioaktif
#Menteri Besar Aminuddin Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan