awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NGO gesa polis siasat kenyataan Hamzah ada fail pemimpin kerajaan.

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2023
11:02 MYT
NGO gesa polis siasat kenyataan Hamzah ada fail pemimpin kerajaan.
Wakil NGO itu juga mendakwa Hamzah telah bersubahat dengan menyembunyikan fail tersebut dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak berintegriti. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung kenyataan Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mendakwa beliau mempunyai fail melibatkan ramai pemimpin kerajaan.
Wakil NGO tersebut, Datuk Yusoff Ahmad berkata, laporan itu dibuat bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.
“Kami berharap polis dapat mengambil tindakan sewajarnya dalam masa tempoh 14 hari daripada tarikh laporan dibuat.
“Semoga perjuangan kami ini tidak akan disia-siakan dan Malaysia akan makmur di bawah Kerajaan Perpaduan, di bawah kerajaan Malaysia Madani,” kata Yusoff selepas selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Jumaat.
BACA: 'Ada fail pemimpin Kerajaan cuma retorik Hamzah' - Rafizi
Enam NGO buat laporan polis terhadap kenyataan ‘fail kerajaan’ Hamzah
Menurut laporan itu, kenyataan daripada Ketua Pembangkang berkenaan merupakan satu kesalahan jenayah memandangkan beliau adalah bekas Menteri Dalam Negeri.
Wakil NGO itu juga mendakwa Hamzah telah bersubahat dengan menyembunyikan fail tersebut dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak berintegriti.
Sebelum ini Hamzah dilaporkan mengingatkan kerajaan supaya tidak terlalu kerap mencari kesalahan pembangkang.
Menurutnya, sebagai bekas Menteri Dalam Negeri, beliau juga boleh mencari kesalahan pemimpin kerajaan.
Tambahnya, beliau juga mempunyai banyak ‘fail’ pemimpin kerajaan, namun menegaskan masih berfikir sama ada mahu menggunakannya atau tidak.
Ahli Parlimen Larut itu turut mengkritik tindakan kerajaan yang menafikan pendakwaan politik, namun menyasarkan Perikatan Nasional (PN) dengan tuduhan berkaitan dana politik.
“Saya pun ada banyak fail pemimpin kerajaan” - Hamzah
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#PN
#PPBM
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan