awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nik Aziz kecewa dengan tindakan ketua cawangan Pas

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2013
14:35 MYT
Nik Aziz kecewa dengan tindakan ketua cawangan Pas
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan tindakan ketua Pas cawangan Guchil Hulu, Kuala Krai, Muhamad Bustaman Yaacob yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas.
Menurut Nik Aziz, tindakannya untuk menentang calon parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dilihat sebagai satu tindakan yang tidak wajar sekaligus mampu memecah belahkan perpaduan.
“Apakah erti kita bersatu sekiranya orang disini bertanding bebas dan DAP juga akan tanding secara bebas dalam kata lain berebut sesama sendiri,” kata Nik Aziz.
Beliau berkata demikian ketika ditemui para pemberita di rumahnya di Pulau Melaka.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan tindakan Muhamad Bustaman yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon bebas bagi menentang calon PKR kerana dikatakan tidak puas hati dengan Adun Guchil pada ketika ini, Tuan Zamri Ariff tuan Zakaria yang dikatakan gagal menepati semangat Pakatan Rakyat.
Muhamad Bustaman dilaporkan berkata keputusan itu dibuat selepas ramai anggota Pas di peringkat akar umbi yang mahukan dia bertanding dalam situasi di Dun itu ketika ini.
Tindakan Muhamad Bustaman itu dilihat sebagai satu lagi pergolakan dalam gabungan itu terutamanya di Kelantan yang kini kian serius sehingga Pas dilaporkan akan melakukan Bai’Ah (Aku Janji) agar penyokong parti itu tidak berpaling tadah untuk mengundi selain calon Pas, PKR dan Dap.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Tuan Zamri Ariff menang di Dun Guchil apabila menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Dr. Shamsul Ikhwan Ashaari Azmi dengan majoriti 1,000 undi.
Dun Guchil itu merupakan satu-satunya kerusi yang dimenangi PKR di Kelantan daripada keseluruhan 45 kerusi Dun.
Topic Berkaitan
#Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
#Guchil Hulu
#Tuan Zamri Ariff tuan Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan