awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Konflik Asia Barat: Trump bayangkan rundingan dengan Iran mungkin bermula di Pakistan dalam masa terdekat - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nokia kurangkan 20% tenaga kerja global dalam pelan penstrukturan baharu, lebih 14,000 pekerja terjejas

Astro AWANI
Astro AWANI
30/03/2026
03:16 MYT
Nokia kurangkan 20% tenaga kerja global dalam pelan penstrukturan baharu, lebih 14,000 pekerja terjejas
Langkah drastik itu merupakan sebahagian daripada pelan penstrukturan semula berfasa syarikat bagi mengurangkan kos operasi dan meningkatkan keuntungan menjelang akhir tahun ini. -Gambar fail
Gergasi telekomunikasi Finland, Nokia, merancang untuk mengurangkan sehingga 20 peratus tenaga kerjanya yang melibatkan pemberhentian lebih 14,000 pekerja di seluruh dunia.
Langkah drastik itu merupakan sebahagian daripada pelan penstrukturan semula berfasa syarikat bagi mengurangkan kos operasi dan meningkatkan keuntungan menjelang akhir tahun ini.
Menurut laporan Amanz, keputusan tersebut bukan didorong oleh faktor penggunaan kecerdasan buatan (AI), sebaliknya berpunca daripada permintaan rangkaian 5G yang lemah serta pelancaran infrastruktur yang perlahan di peringkat global.
Ketua Pegawai Eksekutif Nokia, Justin Hotard, sebelum ini mengumumkan syarikat akan dipisahkan kepada dua entiti utama iaitu perniagaan infrastruktur rangkaian yang memfokuskan kepada perkhidmatan AI serta pusat data, manakala satu lagi unit akan mengendalikan infrastruktur mudah alih.
Nokia turut melancarkan unit 'Nokia Defense' yang menawarkan teknologi rangkaian gred ketenteraan, sementara perniagaan bukan teras lain kini sedang dikaji semula untuk potensi penjualan bagi memperkemas fokus perniagaan syarikat.
Situasi ini mencerminkan cabaran besar yang dihadapi Nokia dalam sektor kelengkapan komunikasi apabila pasaran mereka mula dicabar hebat oleh pesaing seperti Huawei.
Nokia juga bukan lagi pemain utama dalam industri peranti mudah alih apabila tiada lagi telefon pintar baharu dikeluarkan di bawah jenama itu sejak tahun lepas, dengan syarikat kini dilaporkan sedang mencari rakan pelesenan baharu.
Topic Berkaitan
#Nokia
#pemberhentian kerja
#tenaga kerja global
#penstrukturan semula
#5G
#industri telekomunikasi
#Justin Hotard
#Pasaran Teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan