awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Notis dikeluarkan kepada peniaga naikkan harga ayam

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/05/2020
11:09 MYT
Notis dikeluarkan kepada peniaga naikkan harga ayam
Tindakan tegas akan diambil ke atas peniaga yang menaikkan harga ayam kerana setakat ini harga ayam masih belum ditetapkan harga siling. - Gambar hiasan
Susulan daripada pendedahan Astro AWANI berkaitan berlaku kenaikan harga ayam di Kedah pagi tadi, tujuh notis dikeluarkan kepada peniaga yang telah didapati menaikkan harga ayam dengan sengaja.
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, tindakan tegas perlu diambil ke atas peniaga terbabit kerana setakat ini harga ayam masih belum ditetapkan harga siling.
Katanya susulan pendedahan itu, KPDNHEP telah menyiasat untuk mendapatkan punca kenaikan di semua peringkat.
Peniaga terbabit dikenakan tindakan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (notis pengesahan maklumat barangan dan perkhidmatan).
"Saya dapat laporan sehingga RM9.90 sekilo (ayam segar) di Kedah. Maklumat yang diterima sehingga RM9.20 sekilo. Kenaikan yang pada saya tidak wajar, (kenaikan harga) yang mungkin kesempatan diambil oleh peniaga-peniaga menjelang hari raya.
"Seperti yang kita tahu menjelang raya ni permintaan terhadap ayam meningkat dan kerajaan akan buat harga maksimum. Jadi sebelum kerajaan buat harga maksimum, mereka ambil keuntungan awal.
"Di Kedah sehingga hari ini mereka (KPDNHEP) telah hantar tujuh notis kepada peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab. Diharap dapat jadi pengajaran kepada peniaga-peniaga lain," kata Rosol ketika ditemui di sini, pada Sabtu.
Beliau sebelum itu mengadakan lawatan Ke Kompleks Pekan Rabu, Alor Setar.
KPNHEP juga, tegas Rosol, akan melakukan pemantauan di peringkat peruncit dan pemborong serta penternak ayam di sekitar negeri ini.
Pada pagi Sabtu, wakil Astro AWANI di Kedah mendedahkan rungutan daripada peniaga dan pengguna berhubung kenaikan harga ayam segar antara RM8 ke RM9.50 sekilogram.
BACA: Harga ayam naik di Alor Setar, pembekal dakwa tiada bekalan
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#Harga Ayam
#Kedah
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
#kenaikan harga
#KPDNHEP
#Rosol Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan