awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NRECC laksana siasatan kenal pasti punca aliran puing di Bentong

Bernama
Bernama
17/02/2023
01:20 MYT
NRECC laksana siasatan kenal pasti punca aliran puing di Bentong
Aliran air yang deras dan tanah lumpur memenuhi kawasan laluan FT68 di jalan lama Kuala Lumpur-Bentong susulan kejadian hujan lebat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) akan melaksanakan siasatan geologi bagi mengenal pasti punca kejadian aliran puing di kawasan Kampung Baru Bukit Tinggi, Bentong, Pahang pada 12 Feb lepas.
NRECC dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa tinjauan awal mendapati aliran puing yang terdiri daripada campuran air, tanah dan bongkah batuan menjadi sebab limpahan air berlumpur di kawasan berkenaan.
"Bongkah batuan berkenaan didapati telah menghalang laluan air masuk ke inlet pembetung di bahagian tepi Jalan Persekutuan FT0068 (Jalan Lama Gombak-Bentong) dan menyebabkan aliran air asal terlencong ke bahagian tepi serta melimpah ke atas jalan.
"Seterusnya, aliran puing menghakis tebing sungai dan mengakibatkan kerosakan jalan serta berlakunya limpahan air dan lumpur di sepanjang aliran di bahagian hilir iaitu Kampung Baru Bukit Tinggi," menurut kenyataan tersebut.
NRECC turut menyarankan agar agensi kerajaan, pihak berkepentingan dan pihak berkuasa tempatan mengambil langkah pembaikan dan mitigasi sewajarnya dengan segera bagi mengurangkan risiko kerosakan harta benda dan infrastruktur awam yang berulang.
"Langkah ini dapat memastikan keselamatan penduduk setempat sentiasa terjamin dan pembangunan dijalankan secara lestari," menurutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NRECC
#JMG
#aliran puing
#inlet pembetung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan