awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran

Bernama
Bernama
02/05/2024
22:15 MYT
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Nik Nazmi berkata, NRES turut mengadakan pertemuan dengan pihak industri dan juga pihak NGO termasuk NGO tempatan dan antarabangsa yang mempunyai cawangan di Malaysia. - Foto fail/BERNAMA
PASIR MAS: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu, kata Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad.
NRES sebelum ini telah mengetuai delegasi Malaysia ke siri rundingan Jawatankuasa Rundingan antara Kerajaan yang keempat di Ottawa, Kanada pada 23 hingga 29 April lepas dengan tujuan membangunkan instrumen antarabangsa yang mengikat secara sah mengenai isu pencemaran plastik termasuk terhadap persekitaran marin.
"Saya belum menerima laporan terkini (mengenai rundingan), tetapi memang ada satu lagi pusingan yang sepatutnya berlangsung di Korea hujung tahun ini tetapi bergantung kepada progres semasa rundingan inilah.
"Kita adakan perjumpaan untuk mendapat maklum balas dalam mencari posisi terbaik untuk negara kita, jadi apa yang kita tekankan ialah kita tahu tentang kesan pencemaran plastik," katanya kepada Bernama selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Pasir Mas di Gelanggang Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, beliau berkata NRES turut mengadakan pertemuan dengan pihak industri dan juga pihak badan bukan kerajaan (NGO) termasuk NGO tempatan dan antarabangsa yang mempunyai cawangan di Malaysia.
Dalam hantaran di Facebook pada 17 April lepas, Nik Nazmi berkata Malaysia akan meneruskan penglibat aktifnya semasa sesi rundingan Perjanjian Plastik Global dan memastikan kepentingan negara tidak terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendidikan
#Facebook
#pencemaran plastik
#posisi terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan