awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nyawa rakyat lebih penting dari survival politik

Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad
10/05/2021
08:44 MYT
Nyawa rakyat lebih penting dari survival politik
Untuk menyelamatkan nyawa rakyat, kerajaan perlu melakukan apa sahaja yang perlu walaupun tindakan-tindakan dan langkah-langkah tersebut tidak popular. - Gambar hiasan
KERAJAAN Pusat perlu menggunakan kuasa-kuasa diperuntukan dengan proklamasi darurat sepenuhnya untuk mengawal penularan pandemik Covid-19.
Walau bagaimanapun kerajaan dilihat teragak-agak dan tidak tegas seolah-olah bimbang dengan kecaman-kecaman dan kritikan-kritikan terhadap mereka.
Untuk menyelamatkan nyawa rakyat, kerajaan perlu melakukan apa sahaja yang perlu walaupun tindakan-tindakan dan langkah-langkah tersebut tidak popular.
Selepas 5 hari PKP diisytiharkan di Lembah Klang dan beberapa daerah yang lain namun tidak kelihatan perbezaan yang drastik di antara PKP dan sebelum PKP.
Hari ini kerajaan seperti lebih mementingkan survival politik selepas darurat berakhir. Kami berharap kerajaan perlu membuat keputusan yang mana satu perlu diutamakan, survival politik atau menyelamatkan nyawa?
Sekiranya keadaan menjadi seperti di India maka akan berlaku tindakbalas dari rakyat dan jika diadakan pilihan raya umum kerajaan hari ini akan tumbang.
Sekiranya pandemik ini dapat dikawal dengan jayanya maka rakyat sudah tentu akan berterima kasih kepada kerajaan dan ini akan diterjemahkan pada peti-peti undi.
Mereka yang mengecam dan mengkritik akan terus mengecam dan mengkritik walau apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan. Nyawa rakyat itu lebih penting dari memuaskan hati mereka.
Darurat telah diisytiharkan. Pelbagai perintah kawalan telah diumumkan. Pastikan ia dikuatkuasakan dengan tegas dan adil iaitu kepada setiap rakyat Malaysia tanpa ada pilih kasih.
Biarkan mereka yang mencari nombor terus mencari nombor, biarkan "pakar-pakar" terus bersyarah di dalam TikTok dan biarkan "haters" terus dengan pelbagai hashtag. Kerajaan perlu lakukan yang betul dan bukan yang popular.

*Dato' Iskandar Abdul Samad Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan ( REACH ).
** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Malaysia
#rakyat Malaysia
#pilihan raya umum
#pilihan raya
#pandemik
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan