awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Hazard 3.0: PDRM lumpuhkan sindiket e-waste haram, rampasan cecah RM582 juta

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
10/04/2026
03:41 MYT
Op Hazard 3.0: PDRM lumpuhkan sindiket e-waste haram, rampasan cecah RM582 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi pelaksanaan Op Hazard 3.0 berjaya melumpuhkan rangkaian sindiket pemprosesan sisa elektronik (e-waste) haram dengan nilai rampasan dan sitaan keseluruhan dianggarkan mencecah RM582 juta. - Gambar Astro AWANI
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi pelaksanaan Op Hazard 3.0 berjaya melumpuhkan rangkaian sindiket pemprosesan sisa elektronik (e-waste) haram dengan nilai rampasan dan sitaan keseluruhan dianggarkan mencecah RM582 juta.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Ismail berkata, operasi bersepadu berskala besar itu bukan sahaja mencatatkan kejayaan dari segi tangkapan, malah memberi tekanan hebat kepada pemain industri haram yang dikesan mengeksploitasi kelompongan perundangan sebelum ini.
Menurut beliau, setakat ini sebanyak 110 serbuan telah dilaksanakan di seluruh negara dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati sebanyak 42 premis yang diserbu berstatus kilang haram yang menjalankan aktiviti pemprosesan sisa e-waste secara haram.
"Secara keseluruhannya, sebanyak 223 kertas siasatan telah dibuka. Seramai 868 individu telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, 515 individu telah ditangkap atas pelbagai kesalahan melibatkan warga tempatan serta pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 16 hingga 70 tahun," katanya dalam satu sidang media khas di Bukit Aman pada Jumaat.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan, tindakan kali ini lebih menyeluruh dengan penglibatan unit pencegahan pengubahan wang haram bagi memastikan rantaian kewangan sindiket diputuskan sepenuhnya.
Menurut beliau, ini termasuk dua kertas siasatan dibuka oleh pihak AMLA PDRM melibatkan pembekuan tujuh akaun individu dan syarikat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 bernilai RM670,000.
Dalam masa sama, operasi ini turut menyaksikan pengeluaran 74 kompaun oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bernilai RM110,700.
Beliau juga menyifatkan kejayaan Op Hazard 3.0 sebagai manifestasi kerjasama erat antara pelbagai agensi penguatkuasaan yang berkongsi maklumat dan mengekalkan kerahsiaan operasi pada tahap tertinggi.
"Pelaksanaan operasi ini telah memberi impak yang signifikan dalam memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap kegiatan e-waste haram. Ia sekali gus mencerminkan peningkatan integriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan kita," tambah beliau.
Kesalahan dikesan mengikut pelbagai peruntukan undang-undang termasuk Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Sekendhend Barang Lusuh 1946, serta Akta Kawalan Bekalan 1961.
Topic Berkaitan
#PDRM
#e-waste
#rampasan
#Khalid Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan