awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi sekolah di 5 negeri Fasa 4 PPN bermula 21, 22 November

Bernama
Bernama
08/11/2021
13:47 MYT
Operasi sekolah di 5 negeri Fasa 4 PPN bermula 21, 22 November
Di Kedah, pengoperasian itu bermula pada 21 Nov manakala Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah pula pada 22 Nov. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengoperasian institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah mengikut ketetapan pengoperasian Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan bermula pada 21 dan 22 Nov.
Di Kedah, pengoperasian itu bermula pada 21 Nov manakala Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah pula pada 22 Nov.
KPM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pengoperasian tersebut melibatkan kehadiran murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah.
"Institusi pendidikan bawah KPM ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
"KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan di bawah kerajaan negeri," menurut kenyataan itu.
Pada 5 Nov lepas, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan lima negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih daripada Fasa Tiga ke Fasa Empat PPN berkuat kuasa hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sesi persekolahan
#fasa 4 PPN
#KPM
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan