awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
PSV Eindhoven tawan Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Bersepadu: Tujuh nelayan positif dadah ditahan

Bernama
Bernama
17/01/2025
02:40 MYT
Ops Bersepadu: Tujuh nelayan positif dadah ditahan
Operasi dijalankan dengan kerjasama APMM bersama PDRM, AADK, Pasukan Polis Marin, SPRM, Jabatan Imigresen dan Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang. - Foto APMM Pulau Pinang
GEORGE TOWN: Tujuh nelayan positif dadah ditahan dalam Ops Bersepadu yang dijalankan pihak berkuasa di sini semalam, kata Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Kapten Maritim Razali Kasim.
Beliau berkata operasi disertai 51 anggota pelbagai agensi itu memfokuskan kepada pemeriksaan di perairan Teluk Kumbar dan jeti pendaratan ikan di sekitar kawasan berkenaan.
"Seramai 25 nelayan menjalani ujian air kencing dan tujuh daripada mereka didapati positif dadah. Penahanan ini hasil maklumat risikan serta aduan awam.
"Selain itu, tiga vesel nelayan bersama sembilan kru tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan seperti melanggar syarat lesen dan menangkap ikan di kawasan larangan. Turut ditahan seorang suspek yang dikehendaki pihak polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi dijalankan dengan kerjasama APMM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Pasukan Polis Marin (PPM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Perikanan (DOF) Negeri Pulau Pinang.
Razali memaklumkan operasi itu usaha berterusan APMM Pulau Pinang dan agensi sahabat dalam memelihara keselamatan perairan serta memastikan pematuhan undang-undang dalam kalangan komuniti maritim di perairan negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan
#Dadah
#teluk kumbar
#Jeti Pendaratan Ikan
#APMM Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan