awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan

Bernama
Bernama
29/03/2024
04:53 MYT
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Operasi dijalankan unit operasi JPJ Pulau Pinang dengan tumpuan penguatkuasaan di lebuh raya, kawasan perindustrian dan jalan-jalan utama Persekutuan serta negeri. - Gambar fail/Bernama
BUTTERWORTH: Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini, semalam.
JPJ dalam kenyataan memaklumkan operasi bermula 12 tengah malam hingga 7 pagi itu dijalankan unit operasi JPJ Pulau Pinang dengan tumpuan penguatkuasaan di lebuh raya, kawasan perindustrian dan jalan-jalan utama Persekutuan serta negeri.
Beliau berkata operasi ditumpukan kepada kenderaan perdagangan yang membawa muatan melebihi had dibenarkan bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan barangan ini mematuhi peraturan dan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Menurut JPJ penguatkuasaan secara konsisten dan berfokus terhadap kenderaan barangan akan terus dilaksanakan bagi memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ops Lebih Muatan
#JPJ
#operasi khas
#pulau pinang
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan