awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang awam jumpa bom lama sebesar tong gas di Gemas

Bernama
Bernama
27/12/2023
14:14 MYT
Orang awam jumpa bom lama sebesar tong gas di Gemas
Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan sebutir objek menyerupai bom lama di ladang Jelai, Gemas petang semalam. - Foto ihsan IPD Tampin
TAMPIN: Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan sebutir objek menyerupai bom lama di ladang Jelai, Gemas petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin DSP Amiruddien Sariman berkata bertindak atas maklumat itu, anggota Balai Polis Gemas bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati objek berkenaan merupakan bom sebesar saiz sebuah tong gas, dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua.
"Anggota bertugas segera memasang tali garisan polis bagi memaklumkan lokasi terbabit sebagai kawasan larangan dan bahaya," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan IPD Tampin melaksanakan proses pemusnahan bom itu hari ini.
"Teknik pemusnahan bom secara low order menggunakan vulcan shape charge yang menyebabkan bom akan meletup sehingga menjadi serpihan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom lama
#tong gas
#Gemas
#IPD Tampin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan