awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemindahan pesakit dari Gaza disambung semula melalui lintasan Rafah
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Organ bengkak, tersumbat: Pakar sahkan Jong Nam mati akibat agen saraf VX

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/10/2017
09:42 MYT
Organ bengkak, tersumbat: Pakar sahkan Jong Nam mati akibat agen saraf VX
Kim Jong Nam mengalami bengkak dan lebam pada bahagian kelopak atas mata serta di bawah bibir. - Gambar fail
Ketua Jabatan Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Shah Mahmood mengesahkan warga Korea Utara, Kim Chol mati disebabkan agen saraf VX.
Beliau yang merupakan saksi keenam berkata, hasil bedah siasat mendapati si mati yang juga dikenali sebagai Kim Jong Nam mengalami bengkak dan lebam pada bahagian kelopak atas mata serta di bawah bibir.
"Si mati mengalami paru-paru membengkak (edema) dan tersumbat termasuk organ lain - sebahagian daripada otak, hati dan limpa.
"Berat paru-paru kanan si mati adalah 600 gram manakala berat paru-paru kiri 420 gram," katanya di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin.
Tambahnya, berat normal bagi sebelah paru-paru dewasa adalah 300 gram.
Justeru katanya, hasil laporan forensik jelas merupakan kesan sampingan daripada tindak balas agen saraf VX.
Media difahamkan, pada prosiding esok sampel agen saraf VX akan dibawa masuk ke kamar mahkamah selain beberapa pakar toksikologi bebas dan dari Jabatan Kimia akan turut hadir pada perbicaraan tersebut.
Topic Berkaitan
#agen saraf
#forensik
#HKL
#kes bunuh
#kim jong nam
#Korea Utara
#mahkamah
#Media
#prosiding
#VX
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan