awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC lega 1MDB buat urus niaga, pelaburan dengan syarikat luar negara bereputasi

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/12/2015
11:44 MYT
PAC lega 1MDB buat urus niaga, pelaburan dengan syarikat luar negara bereputasi
HASAN: Semua ahli PAC berpeluang untuk bertanyakan semua soalan mengenai isu berkaitan 1MDB dan Arul Kanda telah menjelaskan semua soalan dengan baik.
Syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didapati telah membuat urusniaga dan pelaburan luar negara dengan syarikat-syarikat luar negara yang mempunyai reputasi.
Perkara tersebut diakui Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin dalam satu kenyataan bertulis kepada media sejurus selesai prosiding keterangan pertama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy hari ini.
"Secara keseluruhannya, PAC lega 1MDB membuat urusniaga dan pelaburan luar negara dengan syarikat-syarikat luar negara yang mempunyai reputasi," katanya.
Mengulas berkenaan prosiding hari ini, Hasan berkata panel PAC mendengar penjelasan Arul berkenaan Pengurusan Kawalan Tadbir Urus 1MDB.
"Semua ahli PAC berpeluang untuk bertanyakan semua soalan mengenai isu berkaitan 1MDB dan Arul Kanda telah menjelaskan semua soalan dengan baik serta menyeluruh dan saya berpuas hati dengan penjelasan Arul," ujar Hasan.
Hasan telah mempengerusikan prosiding keterangan kali pertama itu selama hampir lima jam.
Malah, Hasan turut mengesahkan prosiding kali kedua keterangan Arul akan berlangsung pada 18 Disember depan.
Semalam, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi tampil memberi keterangan kali kedua kepada PAC.
Pada 25 Nov lepas, PAC memanggil Shahrol pada pendengaran kali pertama untuk memberi keterangan berkaitan pembentukan 1MDB, yang dilapor berlaku dalam 2009 ketika di bawah pengurusan beliau.
Hasan dilapor sebagai berkata PAC memanggil semula Shahrol untuk pendengaran kali kedua berikutan ada beberapa maklumat yang harus dimaklumkan semula sebelum PAC mendengar keterangan daripada Arul.
Hasan dalam kenyataannya sebelum ini turut menjelaskan ia dilakukan agar PAC dapat membentangkan satu laporan jawatankuasa dengan lebih telus, menyeluruh serta adil.
Beliau turut menegaskan supaya kedua-dua individu tersebut perlu bersedia termasuk membawa dokumen yang berkaitan semasa prosiding.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Arul Kanda
#PAC
#prosiding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan