awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang bina desa warga emas terbesar, siap 2023

Bernama
Bernama
07/12/2021
05:56 MYT
Pahang bina desa warga emas terbesar, siap 2023
Shahaniza berkata, desa warga emas yang bercirikan bandar Islam moden itu dibina di tanah berkeluasan 75.67 hektar dengan jangkaan siap pada Mac 2023. - Bernama
KUANTAN: Kerajaan Pahang sedang membangunkan sebuah kompleks warga emas di Bandar Wakaf Madinah Mawaddah di Penor, yang dijangka menjadi desa warga emas terbesar di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata desa warga emas yang bercirikan bandar Islam moden itu dibina di tanah berkeluasan 75.67 hektar dengan jangkaan siap pada Mac 2023.
"Kompleks berkenaan dibina melalui Yayasan Pahang dan menyediakan 106 unit rumah warga emas kepada seramai 200 penghuni dan ini antara inisiatif kita menyantuni warga emas di Pahang selain ia boleh menempatkan golongan asnaf dan gelandangan yang memerlukan perkhidmatan sokongan.
"Bandar Wakaf Madinah Mawaddah akan menjadi Bandar Wakaf pertama di Malaysia turut dilengkapi dengan surau dan pusat pengajian serta pelbagai fasiliti sokongan," katanya ketika menjawab pertanyaan Lee Ah Wong (BN-Cheka) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri merancang menubuhkan pusat penjagaan warga emas.
Menjawab soalan tambahan Lee, sama ada kompleks itu boleh dihuni warga emas pelbagai kaum, Shahaniza berkata setakat ini, belum ada polisi khusus bahawa kompleks itu hanya untuk Muslim dengan pertimbangan sewajarnya akan diberikan jika ada permohonan diterima daripada kaum lain.
Sementara itu, beliau memaklumkan selain bantuan secara one-off kepada individu berusia 80 tahun ke atas, kerajaan negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh mempertimbangkan bantuan bulanan kepada warga emas yang memerlukan dengan kadar RM500 sebulan.
Katanya bantuan alat tiruan dan sokongan juga boleh diberikan mengikut keperluan warga emas terbabit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Pahang
#desa warga emas
#bandar wakaf madinah mawaddah
#Shahaniza Shamsuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan