awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang lulus pindaan had umur ADUN kepada 18 tahun

Bernama
Bernama
10/12/2021
06:09 MYT
Pahang lulus pindaan had umur ADUN kepada 18 tahun
Cadangan pindaan had umur terhadap Perkara 19 undang-undang itu yang dikemukakan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan diluluskan sebulat suara pada persidangan hari ini. - Gambar fail
KUANTAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang meluluskan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur warganegara yang layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada 21 tahun kepada 18 tahun.
Cadangan pindaan had umur terhadap Perkara 19 undang-undang itu yang dikemukakan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dengan ADUN Chini Mohd Sharim Md Zain menyokong, diluluskan sebulat suara pada persidangan hari ini.
Yang Dipertua DUN Datuk Seri Ishak Muhamad berkata hanya ADUN Kemayan Datuk Mohd Fadhil Osman tidak menghadiri persidangan kali ini atas sebab kesihatan.
Pindaan rang undang-undang itu selari dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan sebelum ini yang menurunkan umur kelayakan mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Sementara itu, ADUN Pelangai Datuk Seri Adnan Yaakob mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri khususnya kepada Penasihat Undang-Undang Pahang Saiful Edris Zainuddin atas pindaan itu yang disifatkan sebagai prihatin untuk melakukan perubahan supaya selari dengan kerajaan Persekutuan dan tidak menimbulkan masalah pada masa hadapan.
"Saya juga berharap lebih banyak undang-undang lain yang sudah lama dikaji atau ditubuhkan sebuah jawatankuasa untuk melihat perkara ini kerana jika dilihat pada ucapan Menteri Besar (Wan Rosdy) sebelum ini, ada akta tahun 1939 yang masih digunakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Pahang
#ADUN
#Undi 18
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan