awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang tambah pewartaan 780.94 hektar sebagai hutan tadahan air

Bernama
Bernama
02/10/2021
02:23 MYT
Pahang tambah pewartaan 780.94 hektar sebagai hutan tadahan air
Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia melibatkan kawasan seluas 443.73 hektar Hutan Simpanan Kekal (HSK) Berkelah, Maran dan 337.21 hektar HSK Lepar, Kuantan. -Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju mewartakan tambahan 780.94 hektar hutan sebagai Hutan Tadahan Air (HTA) melibatkan hutan di dalam daerah Maran dan Kuantan.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia melibatkan kawasan seluas 443.73 hektar Hutan Simpanan Kekal (HSK) Berkelah, Maran dan 337.21 hektar HSK Lepar, Kuantan.
"Tambahan kawasan ini menjadikan keseluruhan HTA di Pahang seluas 343,503.35 hektar. Pewartaan HTA bermakna tiada sebarang aktiviti pengusahahasilan boleh dilakukan dalam kawasan yang disifatkan sensitif alam sekitar," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata keputusan menambah pewartaan yang dibuat pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang Rabu lepas (29 Sept), dapat terus memelihara dan menjamin kelestarian alam sekitar negeri ini.
Mengulas lanjut, Wan Rosdy memaklumkan tambahan 443.73 hektar di HSK Berkelah merupakan tambahan kepada 2,134 hektar HTA sedia ada di situ, menjadikan keseluruhan HTA kepada 2,577.73 hektar.
Luas keseluruhan HSK Berkelah ialah 40,502.05 hektar.
Bagi HSK Lepar yang berkeluasan 22,247 hektar, ini merupakan kali pertama kawasan HTA bakal diwartakan di situ.
Pahang mempunyai HSK seluas 1.59 juta hektar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Hutan Tadahan Air
#Maran
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan