awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua juruterbang maut selepas pesawat ditembak ketika mendarat di Papua, Indonesia
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakej Haji Pejabat MB Perak: Mangsa diminta segera buat laporan polis

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2017
10:04 MYT
Pakej Haji Pejabat MB Perak: Mangsa diminta segera buat laporan polis
Pihak polis telah menasihatkan semua pihak supaya jangan mudah terpedaya dengan sebarang berita yang diterima terutama melalui Whatsapp atau lain-lain rangkaian internet.- Gambar fail
Polis meminta individu yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berhubung tawaran Pakej Haji Pejabat Menteri Besar supaya membuat laporan segera di mana-mana balai polis di sini bagi membantu siasatan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Superintendan Lee Ewe Kiang berkata, polis memandang serius perkara itu dan tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab.
Menurut beliau, tindakan itu boleh diambil di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi kes yang mempunyai unsur penipuan dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan rangkaian internet.
“Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara, sebatan atau denda,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Kenyataan itu dibuat ekoran pendedahan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir baru-baru ini berkenaan penipuan tawaran pakej haji menggunakan nama pejabat beliau yang ditularkan dalam aplikasi pesanan ringkas, WhatsApp.
Lee turut menegaskan bahawa pihak polis telah menasihatkan semua pihak supaya jangan mudah terpedaya dengan sebarang berita yang diterima terutama melalui Whatsapp atau lain-lain rangkaian internet.
“Setiap berita yang diterima hendaklah dirujuk kepada pihak berkaitan bagi mendapatkan pengesahan,” kata Lee.
Topic Berkaitan
#Pakej Haji Pejabat Menteri Besar
#Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia
#Seksyen 420 Kanun Keseksaan
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan