awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buru lima suspek tembak lelaki di Ladang Kemahang
Nash kena serangan jantung
Konflik Asia Barat: Malaysia dan Singapura sambut baik gencatan senjata sementara

Pakistan sedia anjur pusingan kedua rundingan AS-Iran - Menteri

Bernama
Bernama
20/04/2026
13:28 MYT
Pakistan sedia anjur pusingan kedua rundingan AS-Iran - Menteri
Mohsin Naqvi menghargai "peranan positif dan membina" Pakistan dalam usaha mengurangkan ketegangan serta memudahkan dialog di rantau berkenaan. - X Mohsin Naqvi
Menteri Dalam Negeri Pakistan Mohsin Naqvi memaklumkan Duta Iran ke Pakistan, Reza Amiri Moghadam pada Isnin bahawa persiapan bagi fasa kedua rundingan di Islamabad telah selesai, lapor Xinhua memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri.
Menurut kenyataan itu, Mohsin telah bertemu dengan duta itu bagi membincangkan urusan pusingan kedua rundingan, sambil menyatakan bahawa kawalan keselamatan rapi telah dilaksanakan bagi menyambut delegasi asing yang berkunjung.
Beliau turut menekankan kepentingan menyelesaikan pertikaian menerusi dialog dan rundingan, selain menegaskan bahawa penyelesaian yang mampan adalah amat penting bagi kestabilan serta keamanan serantau jangka panjang.
Utusan Iran itu dalam masa yang sama menghargai "peranan positif dan membina" Pakistan dalam usaha mengurangkan ketegangan serta memudahkan dialog di rantau berkenaan, lapor kenyataan itu lagi.
Terdahulu pada hari yang sama, Mohsin melawat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Islamabad bagi memberikan maklumat terkini kepada pihak AS mengenai persediaan keselamatan bagi pusingan kedua rundingan berkenaan.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#Mohsin Naqvi
#persiapan
#fasa kedua
#rundingan Iran-AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.