awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin: Rakyat Malaysia harus main peranan lawan propaganda Israel dalam talian - Zuraida

Bernama
Bernama
15/05/2021
15:32 MYT
Palestin: Rakyat Malaysia harus main peranan lawan propaganda Israel dalam talian - Zuraida
Zuraida berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya menghentikan kecaman mereka terhadap kekejaman dan jenayah perang yang dilakukan Israel. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia harus memainkan peranan mereka untuk melawan propaganda manipulatif Israel secara dalam talian, kata Presiden dan Pengasas Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL) Datuk Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata rakyat Malaysia tidak seharusnya menghentikan kecaman mereka terhadap kekejaman dan jenayah perang yang dilakukan Israel.
"Marilah kita memainkan peranan masing-masing untuk melawan propaganda mereka (pihak Israel) seboleh mungkin. Kebenaran dan keadilan pasti akan terbukti," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Zuraida berkata hakikat bahawa tentera siber Israel kini berusaha melakukan kawalan kerosakan dalam talian membuktikan mereka menyedari propaganda manipulatif mereka jelas kelihatan di mata dunia.
"Sebagai pengasas COMWEL dan seorang pemimpin wanita, saya mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang dilakukan kerajaan Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak bersalah, yang secara tidak adil menyasarkan golongan wanita dan kanak-kanak yang tidak berdaya," katanya.
Zuraida juga berkata hatinya tersentuh apabila masyarakat bukan Islam di seluruh dunia terutama Ahli Kongres Amerika Syarikat Alexandria Ocasio-Cortez telah bersuara menentang ketidakadilan itu dengan sinis terhadap kerajaan Israel.
Katanya tindakan kejam rejim Zionis terhadap penduduk Palestin pada bulan Ramadan dan malam Aidilfitri membuktikan sifat kejam serta tidak berperikemanusiaan kerajaan Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Palestin
#Zuraida Kamaruddin
#Comwel
#propaganda
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan